Pasangan Tuntut Hadiah Loteri Dari Israel
21 Apr

Baitulmaqdis-Sepasang kekasih yang memenangi tempat pertama “Israel’s biggest lottery prize” datang menuntut hadiah yang berupa wang tunai $20juta.Awalnya,mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka telah memiliki tiket tersebut selama 4 bulan kerana tiket itu sebelum ini tersembunyi di antara tiket loteri yang lama.Mereka hanya menyedarinya minggu ini setelah memeriksa berulang kali kesemua tiket yang ada.
Banyak pihak yang teruja dengan kejadian ini.Pihak akhbar dijemput untuk memaparkan kisah yang menarik ini.Israel sentiasa melindungi hak privasi para pemenang loteri untuk tujuan keselamatan.Jadi mereka diarahkan untuk memakai topeng ketika sidang akhbar diadakan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku ketika dan selepas sidang akhbar dijalankan.














Recent Comments