Archive | April, 2010

Pasangan Tuntut Hadiah Loteri Dari Israel

21 Apr

Baitulmaqdis-Sepasang kekasih yang memenangi tempat pertama “Israel’s biggest lottery prize”  datang  menuntut  hadiah yang berupa wang tunai $20juta.Awalnya,mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka telah memiliki tiket tersebut selama 4 bulan kerana tiket itu sebelum ini tersembunyi di antara tiket loteri yang lama.Mereka hanya menyedarinya minggu ini setelah memeriksa berulang kali kesemua tiket yang ada.

Banyak pihak yang teruja dengan kejadian ini.Pihak akhbar dijemput untuk memaparkan kisah yang menarik ini.Israel sentiasa melindungi hak privasi para pemenang loteri untuk tujuan keselamatan.Jadi mereka diarahkan untuk memakai topeng ketika sidang akhbar diadakan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku ketika dan selepas sidang akhbar dijalankan.

Berbogel Sambil Minum Kopi

19 Apr

Eric William,seorang pesalah yang telah ditahan tahun lepas atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh telah dibebaskan.Dia ditahan atas kesalahan berbogel di rumah sendiri sambil minum kopi oktober tahun lepas.Hal itu dilaporkan oleh seorang wanita yang ketika itu lalu dihadapan rumah  William dan ternampak kelakuan William yang baginya adalah tidak senonoh.

William berasa amat tidak berpuas hati atas ketidakadilan ini.Ini kerana hal tersebut dilakukan dalam rumahnya sendiri.Dan dia ada hak untuk melakukan apa sahaja di dalamnya.Selain itu juga,ianya merupakan sesuatu yang privasi.

Pada awalnya,hakim hampir-hampir menjatuhkan hukuman kepadanya.Tetapi juri  mengemukakan hujah-hujah tertentu dan akhirnya tidak sampai 20 minit Eric William berjaya dibebaskan dari tuduhan tersebut.

Pegang Anjing Dan Babi

18 Apr

Kali ni kita buka topic tentang hukum memegang anjing dan babi.Ramai lagi sebenarnya umat Melayu islam yang tidak tahu akan hukum memegang anjing dan babi.Dengan sewenangnya mengeluarkan hukum bahawa memegang anjing dan babi adalah haram.Jika kita sudah melakukan sesuatu yang haram,maka kita akan dapat dosa,bukan?Pegang babi dan anjing dapat dosa?Mana datangnya hukum tersebut?Kalau cari dalam Al-Quran dan Sunnah pun belum tentu jumpa.

Bila bertembung dengan binatang ini,ada dikalangan kita mula memaki hamun dan menganiayanya.Disebabkan hal sebeginilah agama kita sering dikaitkan dengan keganasan.Walhal,Allah swt tidak penah memerintahkan kita untuk melakukan hal sedemikian.Sedangkan seorang manusia biasa (more…)

Budak Berkaki Tiga

17 Apr

Kasihan melihat keadaan budak kecil ini.Dia tidak sempurana seperti insan yang lain yang mana terdapat satu lagi kaki di bahagian belakangnya.Ini sudah tentu menyusahkan budak tersebut untuk melakukan sebarang aktiviti.Tapi apakan daya,sudah ditakdirkan Tuhan.Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Tapi setelah meng”Google”,ada yang mengatakan bahawa budak ini selamat menjalani pembedahan untuk membuang kaki ketiganya itu oleh (more…)

Hidung Terbesar Di Dunia

1 Apr

Wah…Kagum melihat hidung Uncle yang bernama Mehmet Ozyurek ni.Beliau dilahirkan pada tahun 1949 di Turki.Kali terakhir hidungnya diukur adalah pada 6 Julai 2007 yang mana pada ketika itu beliau berada di ArtvinTurki.

Beliau telah diiktiraf dunia sebagai lelaki berhidung besar di dunia yang mana ukuran hidungnya adalah 3.5 inci atau 8.8 cm.Cuba bandingkan dengan hidung anda.Panjang bukan??Aku dah ukur kat hidung aku dan ternyata hidung sepanjang tu mampu membuatkan bibirku ditutup 2 lubang hidung.

Tapi baru-baru ni (more…)

Related Posts with Thumbnails