Barah Payudara Di Kalangan lelaki?
9 Jan

Lebih kurang 1% daripada kanser payudara setiap tahun di Amerika Syarikat terdiri daripada kaum lelaki. Trend ini semakin menaik di Amerika Syarikat. Sebanyak 1,690 kes baru di jumpa di kalangan kaum lelaki setiap tahun (anggaran 2005), dan lebih kurang 460 akan meninggal dunia akibat penyakit ini. Kanser payudara telah meningkat sebanyak hampir 50% dalam 3-4 tahun kebelakangan ini.
Kaum lelaki tidak patut meninggal dunia akibat penyakit ini hanya kerana mereka tidak sedar penyakit ini boleh berlangsung di kalangan kaum lelaki juga. Lelaki dengan sejarah kanser payudara di kalangan ahli keluarga mesti memeriksa diri mereka dengan tetap dan berjumpa dengan doktor mereka sebaik sahaja mereka memerhatikan sesuatu perubahan. Rawatan mereka sama dengan rawatan bagi kaum hawa. Lebih awal mereka mengesan kanser mereka, lebih baik kemungkinan mereka menjalani rawatan yang berjaya.
Di negara barat, majoriti kes kanser payudara lelaki adalah di kalangan pesakit dalam lingkungan umur 50an atau 60an. Sama seperti kaum wanita, gen kanser payudara (BRCA2) juga membawa kesan kepada kaum lelaki dan meningkatkan risiko mereka menghidap kanser payudara.
Di Malaysia, Daftar Kanser Kebangsaan melaporkan 56 kes baru kanser payudara lelaki pada 2002 dan 24 kes baru pada 2003.
Pada 2002, kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. 71% (40 daripada mereka) daripada mereka yang didiagnosis adalah berumur 50 tahun atau lebih.
Daripada 24 kes baru yang dilaporkan pada 2003, 11 adalah kaum Cina,7 adalah kaum Melayu. 71% daripada mereka berumur lebih daripada 50 tahun.












I finally decided to write a comment on your blog. I just wanted to say good job. I really enjoy reading your posts.
tanxs 4 ur comment jen =)
Sebab lelaki boleh kena.air susu soya kot.
Amerika kan mengeluar soya terbesar dunia.apapun kena tanya doktor dulu.
mesticun´s last blog ..Mesej Daripada Dr. Anasufiza Berkenaan H1N1
ha??soya??
ler laki pun blh kene kanser payudara ke ? mcm2 hal dah skrg..kene ati2..
ish..buleh johny…
HMM….. kena kontrol pemakanan la kalau cenggini….dan ari2x kena exercise….
saye nasehat kan naim n kengkawan g cek..
jeng2..
hehe..
wa..nanti ktorang mmg nak check pon.keh3