Archive | DiaryKu RSS feed for this section

Poligami Sebab Ikut Sunnah?

22 Jan

Apabila ditanya kenapa kahwin lagi,ada lelaki yang menjawab “ikut sunnah…”.Adakah anda bersetuju dengan jawaban ini?Adakah jawaban sebegini sesuai untuk mereka yang mahu pasang isteri lagi?Huhu.Ramai wanita yang tidak bersetuju dengan jawaban ini.Kata mereka,”Oh,kalau hal lain seperti ibadat yang sering dilakukan oleh Rasulullah tak mahu buat?Kalau bab kahwin lagi,mahu pula ikut sunnah?”

Bagi aku,tak salah bagi seorang lelaki untuk menikah lagi jika mampu,adil dan dan (more…)

Aku Dan Binatang Kesayangan Nabi

15 Jan

Kucing.Aku sangat menyayangi kucing.Bagi aku,memang janggal kalau di rumah aku di kampung kalau takde binatang kesayangan Nabi ni.Setiap hari,kalau tak pegang kucing,rasa tak lengkap hidup.Cuma sekarang ni aku duduk rumah bujang ngan kawan-kawan.So leceh sikitla nak bela.Pintu umah sewa kat sini selalu tertutup tak macam kat kampung.So,susah la die nak menunaikan hajat nanti.Buatnye die melepas dalam (more…)

Lagu Ciptaan Aku Sendiri-Penghujung

15 Jan

Gitarku tak cukup tali...

KLIK SINI UNTUK MENDENGAR LAGU CIPTAAN AKU- PENGHUJUNG

Nak punya Band/Kugiran sendiri.Aku rase,kebanyakan orang yang meminati muzik pasti ada cita-cita seperti ini.Terpulang kepada individu tersebut samada untuk serius atau sekadar suka-suka.Sekarang ni pun dah banyak band indie yang semakin popular.Dan nampaknya,artis mee segera macam dah susah sikit nak cari makan?

Aku dulu pun tergolong dari orang yang bercita-cita untuk ada band sendiri secara suka-suka.(tapi ada EP).Tapi ada sahaja masalahnya.Masalah yang selalu menimpa kitorang adalah rumah yang jauh-jauh belaka.Macam aku ni pas sekolah asrama,dok kampung je.Dan ahli band aku,Mario (sekarang dah jadi full blogger),Arip dan Ayun pulak belajar kat Penang,Seremban dan Pahang(Dorang dulu satu sekolah ngan aku).Setiap kali cuti sem,baru kitorang gather kat Seremban.Haduh..Masalah duit lagi.Nak bermalam kat Seremban kene Bawak Atleast RM100.Tak lame pastu,sebab susah sangat,kitorang dah tak jamming lagi..Berkubur camtu je.

Kat kampung pulak,aku kenal ngan sorang mamat (more…)

Apakah Makna Kejayaan Dalam hidup

18 Dec

Post ni saje je aku tulis.Juz nak kongsi pendapat ngan korang je.Apa sebenarnye makne kejayaan,kemenangan bagi korang?Adakah harta yang melimpah??Nama yang besar dan gah dimata dunia??Setiap orang ade target sendiri.Dan banyak yang dilakukan untuk mencapai target tersebut hingga matlamat menghalalkan cara pun ade.
Huhu.Tapi bagi aku aku,maklamat aku sangat sederhana tapi ntah mungkin atau tidak dapat aku capai.Antaranya adalah:-
1.Dapat tolong mak ayah aku.
2.Dapat beli kereta.(Tak payah mewah-mewah asalkan tak meragam dan selesa)
3.Dapat nikah dengan awek aku.
4.Beli umah.
5.Ade anak-anak.(Dapat didik dorang jadi orang bukan beruk atau syaitan.)
6.Ade simpanan.
7.Bebas hutang.
8.Tak menyimpang atau tersesat dari ajaran agama.

Bagi aku,kalau kehidupan aku macam kat atas ni,kira dah bersyukur sangat-sangat.Dulu mase fikiran tak matang,aku memang inpikan kemewahan.Rumah besar,kereta besar,bini pun nak besar.(nak plak aku bini besar?)Tapi bile dah besar sikit camni,baru aku sedar yang semua tu tak boleh menjanjikan kebahagiaan.Tapi aku tak nafikan yang aku pun teringin nak kaya.Tapi takut.Korang pun mesti pernah tengok dengan mate kepala sendiri.Sesetengah orang kaya kebanyakannya lupa diri yang akhirnya memakan diri.Ade sesetengah dari dorang ni asalnya memang baik.Tapi apakan daya.Kita manusia biasa.Nafsu sering mempengaruhi ditambah pula dengan hasutan syaitan yang tiada henti.Kalau tak kuat iman,habislah.

Itu yang aku takut sekali kalau dah banyak harta.Harap-harap aku tak menyimpang jauh dan aku harap semua pembaca pun begitu kalau kita dah jadi kaya.Bagi aku,lebih baik hidup sederhana dari tergolong dalam golongan ni.Sombong,bongkak.Kadang-kadang,ade orang kaye yang nampak cool.Tak bongkak.Tapi dalam hati ada jugak terselit rase bangga.Susah wo..Nak control nafsu ni.Tapi dengan senang nafsu nak control kita.
Ape-ape pun same-samela kita doa agar kita selalu dalam lindunganNya.Tak salah kita mengejar kejayaan dari segi harta.Yang penting,kita pandai menguruskan dan menyeimbangkannya.Jangan kerana leka mengejar harta,kita lupa apa tujuan sebenar kita di dunia ni.Hidup pun tak lama.Entah esok,ntah lusa kita kena ambil.Rileks-rileks sudah.Haha.

p/s;Ade juga yang miskin tapi selalu bahagia.Tu pun salah satu kejayaan dalam hidup. =)

POYO lak kau ai..

POYO lak kau ai..

Related Posts with Thumbnails