Archive | Seks Dan Kesihatan RSS feed for this section

Tips Untuk Kurus Secara Alami

21 Jan

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar (more…)

Barah Payudara Di Kalangan lelaki?

9 Jan

Lebih kurang 1% daripada kanser payudara setiap tahun di Amerika Syarikat terdiri daripada kaum lelaki. Trend ini semakin menaik di Amerika Syarikat. Sebanyak 1,690 kes baru di jumpa di kalangan kaum lelaki setiap tahun (anggaran 2005), dan lebih kurang 460 akan meninggal dunia akibat penyakit ini. Kanser payudara telah meningkat sebanyak hampir 50% dalam 3-4 tahun kebelakangan ini.

Kaum lelaki tidak patut meninggal dunia akibat penyakit ini hanya kerana mereka tidak sedar penyakit ini boleh berlangsung di kalangan kaum lelaki juga. Lelaki dengan sejarah kanser payudara di kalangan ahli keluarga mesti memeriksa diri mereka dengan tetap dan berjumpa dengan doktor mereka sebaik sahaja mereka memerhatikan sesuatu perubahan. Rawatan mereka sama dengan rawatan bagi kaum hawa. Lebih awal mereka mengesan kanser mereka, lebih baik kemungkinan mereka menjalani rawatan yang berjaya.

Di negara barat, majoriti kes kanser payudara lelaki adalah di kalangan pesakit dalam lingkungan umur 50an atau 60an. Sama seperti kaum wanita, gen kanser payudara (BRCA2) juga membawa kesan kepada kaum lelaki dan meningkatkan risiko mereka menghidap kanser payudara.

Di Malaysia, Daftar Kanser Kebangsaan melaporkan 56 kes baru kanser payudara lelaki pada 2002 dan 24 kes baru pada 2003.

Pada 2002, kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. 71% (40 daripada mereka) daripada mereka yang didiagnosis adalah berumur 50 tahun atau lebih.

Daripada 24 kes baru yang dilaporkan pada 2003, 11 adalah kaum Cina,7 adalah kaum Melayu. 71% daripada mereka berumur lebih daripada 50 tahun.

Selaput Dara Palsu Untuk Yang Tidak Perawan??

8 Jan

Macam-macam hal sekarang ni akibat kecanggihan teknologi.Yang untuk kebaikan dan memudahkan manusia tu memang bagus.Tapi ada juga teknology yang menjahanamkan manusia seperti ptoduk seks dari china ni iaitu selaput dara palsu.Aku difahamkan yang produk ni diusahakan oleh Syarikat Gigimo di china yang diberi nama,”Artificial Virginity Hymen”.Ianya boleh didapati (more…)

Batu Karang Besar Bola Golf??

4 Jan

Kali ni aku nak berkongsi dengan korang semua tentang pengalaman seorang Abang yang pernah menghidap penyakit batu karang.Nama abang ni Alias Mohd Yusuf.Aku dapat sumber ni dari blog die..Gambar di atas adalah gambar batu karang yang pernah ade di dalam pundi kencingnya.(Yang sebelah kiri tu.Yang sebelah kanan tu bola golf.Saje diletak bersama supaya kita dapat bandingkan saiz batu karang tersebut.)Ui..yay..Sakit btul ni..Besar bola golf!Sukar digambarkan..

Menurutnya, sekiranya kita minum banyak air kosong,risiko untuk kena penyakit ni sangat kurang.Ini kerana air kosong dapat membantu melarutkan batu karang yang ada dalam pundi kencing kita.Tapi awas katanya,jangan minum air tapis yang menggunakan batu galian.Kerana dikhuatiri akan mendap dalam buah pinggang dan pundi kencing.

Sape-sape yang tak rajin minum air masak tu,hati-hati sket.Pakse dan biasakan diri untuk minum air masak ok.Semoga sihat selalu… =)

Seks Ganas?Apa Kejadahnya!!

1 Jan

Apa yang bermain dalam kepala pelaku seks ganas ni?Menggunakan peralatan-peralatan yang bagi aku amat menakutkan untuk digunakan.Kenapa mereka melampai batas-batas sebagai seorang manusia?Apakah faktor-faktor yang menyebabkan hal sebegini berlaku?Di negara barat,hal sebegini sudah biasa dan menjadi keseronokan bagi mereka.Tapi adakah wajar bagi kita untuk melakukan perkara itu sebagai seorang muslim? (more…)

Pentingkah Seks??

18 Dec

Adakah seks ni penting bagi manusia??Bagi aku,seks tersangatlah penting.Dah lumrah manusia yang memiliki keinginan ini.Aku memang tak percaya kalau ade lelaki atau wanita yang bencikan seks.Bagi aku itu adalah salah satu nikmat yang Tuhan berikan kepada semua hambaNya.

Antara kepentingan seks ni seperti dapat memuaskan nafsu dan tak terjebak dengan maksiat(makesure yang korang dah kahwin kalau nak buat ni!!),ade zuriat,hidup berumahtangga semakin intim,dan memupuk rase bersyukur dalam diri kita akan nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan.
Pentingnya seks ni sampai disebutkan di dalam Al-Quran,surah Al-Baqarah:223;-

“Isteri-isteri kamu umpama sawah ladang bagi kamu(tempat menabur benih)maka gaulilah isteri kamu sebagaimana yang dikehendaki.Dan berkerjalah mencari persediaan untuk diri kamu.Bagaimanapun,berhati-hatilah dan takut kepada Allah.Ketahuilah nanti kamu bakal mengadap kepadaNya.Dan bergembiralah wahai orang-orang yang beriman.”

Haha.mesti selama korang hidup ni pernah dengar orang cakap,”seks tak penting”,”taknaklah aku buat seks,jijik!!”ataupun,”baik aku wat keje lain.bukan best pun seks ni!!”.
Blahla kepada sesapa manusia normal yang cakap camtu.Aku tak percaya melainkan atas sebab-sebab tertentu antaranya;-
1.Mengalami trauma akibat menjadi mangsa rogol.
2.Tak tahu bagaimana nikmat seks yang sebenar.Mungkin pasangan diorang tidak melakukan seperti apa yang sepatutnya dilakukan untuk mencapai kepuasan bersama.So,diorang akan rase yang seks ni sangat membosankan.
3.Tidak pernah melakukan hubungan seks.(Kebanyakannya adalalah perempuan.Kerana perempuan yang masih dara ni kebanyakannya susah terangsang kerana tak tahu bagaimana nikmat seks.Lagipun perempuan tidak seperti lelaki.Lelaki kalau dapat tengok sesuatu yang cukup mengghairahkan sudah cukup untuk membangkitkan nafsu mereka walaupun masih teruna.Manakala perempuan perlukan sentuhan dan belaian terlebih dahulu.
4.Masalah kesihatan.
5.Tekanan perasaan.
6.Akibat kehilangan/kematian pasangan sehingga tak selera nak lakukan dengan orang lain.(cinta sejati)
7.Sebab dorang ni memang pemalu sangat……hehe..(tapi kalau malu diam-diam sudah..ataupun cakap,”tak mahulah cakap hal ni..”Takpun kerutkan muke tanda tak mahu layan.Tak yah cakap tak suka or jijik..hehe)

Related Posts with Thumbnails