Pegang Anjing Dan Babi

18 Apr

Kali ni kita buka topic tentang hukum memegang anjing dan babi.Ramai lagi sebenarnya umat Melayu islam yang tidak tahu akan hukum memegang anjing dan babi.Dengan sewenangnya mengeluarkan hukum bahawa memegang anjing dan babi adalah haram.Jika kita sudah melakukan sesuatu yang haram,maka kita akan dapat dosa,bukan?Pegang babi dan anjing dapat dosa?Mana datangnya hukum tersebut?Kalau cari dalam Al-Quran dan Sunnah pun belum tentu jumpa.

Bila bertembung dengan binatang ini,ada dikalangan kita mula memaki hamun dan menganiayanya.Disebabkan hal sebeginilah agama kita sering dikaitkan dengan keganasan.Walhal,Allah swt tidak penah memerintahkan kita untuk melakukan hal sedemikian.Sedangkan seorang manusia biasa yang sebelum matinya memberi makan seekor anjing kelaparan dimasukkan kedalam syurga.

Kalau benar berdosa,kenapa dalam sejarah Islam ada mengatakan seorang pemuda soleh sanggup menjaga kedua orang tuanya yang sudah ditukarkan menjadi babi?Memberi makan dan membersihkan babi tersebut.Kalau menyentuhnya sahaja sudah berdosa,buat apa pemuda soleh tersebut menjaganya?Lebih baik diusir jauh.Kerana sebarang benda,perlakuan haram hendaklah dijauhi.Seperti arak yang sudah tentu berdosa jika menyentuhnya,kita hendaklah menjauhi arak tersebut.Melainkan dengan tujuan untuk membuangnya bukan sengaja disentuh dan untuk diminum.

Apa yang diharamkan disini adalah memakan daging binatang tersebut.Bukan dengan menyentuhnya.Jika tersentuh,ada cara untuk membasuhnya seperti yang telah diajarkan Islam.Ianya hanya sekadar najis berat,bukannya dosa jika menyentuhnya.Kat sekolah dulu pun tak pernah pula ustaz atau ustazah cakap,pegang najis berat,berdosa lepas tu masuk neraka kalau tak bertaubat.Lagi,ada ke di sekolah ajar,dah pegangĀ  anjing dan babi kena bertaubat?Kita cuma harus mengelakkannya sebab ianya najis.Ni akuĀ  lampirkan satu artikel berkenaan isu ni.Kalau ada yang tak puas hati,cari dalam internet ni.Tak puas lagi,jumpa para imam dan ustaz yang bertauliah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kepada yang berkenaan,
Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan babi.
Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.
Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram. Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?
Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis “mughollazoh” iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis “mughollazaoh” tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis “mughollazoh” kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air “musta’mal” (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print this article!
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks

2 Responses to “Pegang Anjing Dan Babi”

  1. adie 18. Apr, 2010 at 3:43 pm #

    bukan samak,tapi sertu..memang tak haram,tapi kite kene elakkan sebab die najis..lagipun,klau xde kepentingan,buat apa nak pegang,sbab byangkan klau masa kita pegang tu,kite xboleh nk bersertu..kan payah,nnti terkena baju,terkena itu ini,habis smua disekliling kita ada najis mughallazah nnti..susah nk ibadah nnti..klau mmang kene nak pgang,bole pgang,dgan syrat lpas tu trus sertu..tpi kalau stakat nak pgang than kate “ei,comelnya anak babi ni”,baik xpyah..nnti tkut bile kate tak haram nnti,abih sume pakat peluk2 anjing,than wat xtau je,tak sertu..Orang melayu ni kene jelaskan trang2,klau tak,tak faham..
    adie´s last blog ..Bahana Facebook (FB) My ComLuv Profile

    • Naim 18. Apr, 2010 at 4:28 pm #

      btul tu die,kalau saje2 pegang nak wat pe..sebab najis..kalau saje2 pegang,samela ngan kite saje2 pegang najis manusia dll.Kalau ade sebab je baru boleh pegang.Kita kene taula batas2 die.Jangan sebab tak berdosa,kita ambil kesempatan.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled