Poligami Sebab Ikut Sunnah?
22 Jan

Apabila ditanya kenapa kahwin lagi,ada lelaki yang menjawab “ikut sunnah…”.Adakah anda bersetuju dengan jawaban ini?Adakah jawaban sebegini sesuai untuk mereka yang mahu pasang isteri lagi?Huhu.Ramai wanita yang tidak bersetuju dengan jawaban ini.Kata mereka,”Oh,kalau hal lain seperti ibadat yang sering dilakukan oleh Rasulullah tak mahu buat?Kalau bab kahwin lagi,mahu pula ikut sunnah?”
Bagi aku,tak salah bagi seorang lelaki untuk menikah lagi jika mampu,adil dan dan cukup syarat.Dan isteri pula tak baik menentang atau minta cerai dari suami kalau suami dah mempunyai syarat-syarat tersebut.Adakah anda sanggup melihat suami terus bergelumang dalam dosa?Aku tahu,amat perit untuk menerima semua ini.Tapi ingatlah,Allah swt takkan turunkan ujian kepada seseorang itu melainkan kerana kasih dan sayangNya kepada kita.Belajarlah untuk bersabar.Untuk lelaki pula,sebaik-baiknya,kawal nafsu anda.Jangan la nak nikah lagi.Kasihankanlah si isteri yang memerlukan kasih sayang anda.Ingatlah,sebaik-baiknya adalah memiliki seorang isteri sahaja.
Berbalik kepada ”nikah lagi sebab ikut sunnah” tadi.Sebenarnya aku sebagai lelaki tidak bersetuju dengan jawapan tersebut.Bukan apa.Memanglah kenyataannya Nabi Muhammad pernah berpoligami.Dan sesiapa yang mengikut setiap apa yang dilakukan Baginda s.a.w dikira sunnah.Tapi kita harus mengambil kira juga sebab apa Baginda s.a.w melakukan hal tersebut.Kalau dari segi berpakaian,penampilan dan perlakuan itu lain kiralah.Aku pun tak pandai cakap.Cuma aku nak sampaikan kat sini adalah pendapat aku iaitu tidak wajar kita menggunakan jawaban tersebut.
Cuba kita ingat balik,apakah sebab utama Rasulullah s.aw berpoligami?Jawapannya sudah tentu untuk membantu urusan penyebaran dakwah di zaman tersebut.Perempuan islam di zaman tersebut bila dah mengalami masalah ‘dalam kain’ mestilah mahu menyelesaikannya dengan cara yang yang dituntut dalam Islam.Setiap hal agama mereka harus merujuk terlebih dahulu kepada baginda s.a.w kerana hanya baginda s.a.w yang mampu menjawab setiap persoalan tersebut.Tapi maklumlah..Mereka kan perempuan.Malu la nak tanya tentang hal dalam kain ni kepada baginda.So,baginda s.a.w berpoligami dan mengajarkan kepada para isterinya tentang masalah dan penyelesaian untuk perempuan.(Lagipun perempuan islam ramai.Nak harapkan isteri seorang tolong,nanti susah pula.Yang datang bertanya bukan seorang dua.)Nanti senanglah perempuan-perempuan di zaman ni untuk mengetahui sesuatu berkaitan hal tersebut.Tak perlu segan-segan nak tanya itu ini kepada baginda s.a.w lagi.Terus sahaja bertanya kepada isteri-isteri baginda.
Huhu.Pendapat aku,mana-mana lelaki yang kahwin lagi sebab tak dapat tahan nafsu tu bukanlah ikut sunnah Nabi namanya.Sebab Nabi Muhammad s.a.w berpoligami bukan sebab tak dapat tahan nafsu.Tapi atas sebab dakwah.Pernah ke anda mendengar cerita Baginda s.a.w berpoligami sebab takut terjebak dalam zina?Tak pernah bukan?Sebab iman baginda sangat teguh.Biarpun wanita secantik bidadari cuba menggoda baginda s.a.w untuk melakukan perbuatan terkutuk tersebut,aku yakin yang baginda s.a.w tak akan terpengaruh.
Ini hanyalah pendapat aku setelah memerhatikan kehidupan Baginda s.a.w dengan kehidupan masa kini yang hanya berlandaskan keinginan nafsu.Tapi bukan pula maksud aku nak melarang kaum lelaki untuk menikah lagi sekiranya dah menepati syarat.(Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang berdosa bila mereka terjebak dalam zina.Lebih baik beristeri 4 dari berzina).Cuma aku nak luahkan ketidaksetujuan aku yang mengatakan berpoligami itu sunnah nabi.Bagi aku,berpoligami yang mengikut sunnah adalah mereka yang melakukan seperti apa yang dilakukan oleh baginda s.a.w iatu atas sebab dakwah.Ini barula bolah dikatakan poligami mengikut sunnah.
Huhu.Bagi sesiapa yang tidak berpuashati dengan pendapat aku ini atau ingin beri pendapat dan bertukar buah fikiran,silalah tinggalkan komen dibawah.Kita bincang sama-sama.Semoga kita memperoleh sesuatu yang bermanfaat .Sebelum itu,aku memohon ribuan ampun dan maaf jika ada yang salah dalam entry ni.Di harap,sesiapa yang lebih tahu akan hal ini,dapat memperbetulkan dan berkongsi ilmu yang anda ada bersama-sama. =)












Tanggungjawab akan jadi lebih besar biler dah hidup berpoligami
kisahsensasi´s last blog ..Pengurus besar termuda
btul3…kalau berwibawa boleh la poligami..hehe
kawen ramai ni bagus. meningkatkan lagi tanggungjawab seorang lelaki tu. tapi, macam tu… Kaum hawa mesti anggap ini adalah penganiayaan…
ery,ko ni nanti cam nak kawin banyak je?haha
depends gak ery..ade separuh peremuan tu bhagia ngan poligami sebab suami diorang tu btul2 bertggungjawab
isy.. satu cukup…
hehehe
ery´s last blog ..Cinta Itu Membunuh
yola tu haha
tkda kebahagiannn berkongsi kasih..demn..sggp ku jd anak dara tua dr hdp bermadu…membnth 120%
cuteyzuera´s last blog ..PENGANGGUR TERHORMAT
wuhu..bagus gak tu..ade pendirian…
jangan tolak rezeki…


madu tu manis.. tapi pahit..
ery´s last blog ..Cinta Itu Membunuh
ha..tgok tu,ade niat ar tu..haha.ko letak petai ke kat dalam madu ery?ade pahit plak??
cuba la ko makan madu banyak2..
boleh berasap kepala ko..
panas.. hehehe
ery´s last blog ..Markus, Gigolo Berlesen
wah??btol ke ery??boleh berasap??aku nak cbe ar??hehe
“cuteyzuera
tkda kebahagiannn berkongsi kasih..demn..sggp ku jd anak dara tua dr hdp bermadu…membnth 120%”
hati2 cakap camtu..seolah2 kamu mempertikaikan kebijaksaan-Nya..kalo Dia kata halal, jgn kamu yg haramkan. Andai kata Dia membolehkan kaum wanita bleh kawen 4, rase2 nye kamu jugak yg terhegeh2 kempen poligami sane sini ye tak..tutur kata kamu mmg sebijik mcm Sisters In Islam ( pengikut Dajjal )
yg kamu patut pertikaikan adalah tingkah laku si suami dan bukan undang2 dalam Al-Quran..kahwin 4 dihalalkan dalam Islam, malangnya terlalu ramai lelaki yg salah gunakan agama untuk kepentingan sendiri – tak cukup syarat langsung tp mengada2 nak kawen lebih..org mcm nih lah SALAH SATU daripada golongan yg mencemarkan nama baik agama Islam.
hati2 jgn kene brainwash faham Barat sudah..ingat Islam nih mcm buffet ker? ambik apa2 yg dirasakan sebati dgn diri tapi yg lain2 nye ditinggalkan..
saye bujang lagi..
hehe.. kalau tak boleh berlaku adil, satu sudah memadai.
ya btul amirul faiz..tapi klu boleh berlaku adil pun sebaiknya,ada stu pun dah memadai. =)
tq naim.. muah muah muah
lain macam misslily..
ade ape2 ke??
heheh…
ery´s last blog ..Markus, Gigolo Berlesen
heheheh..ery,rahsia….kakakaka
hehe.malu la miss lily wat gitu.haha
amboi2… patut asyik cite pasal kawen..
rupanya.. ader ikan besaaaarrrr punyee dalam maggi asam laksa yer.. hahahaha
wa..ery..bukan main ko lagi ye..haha…shhhhh…hahahahaha
hehhe…blog ni macam kongsi berdua je… eri ngan naim ni duk balas2 komen plak dalam ni ye..
“poligami sbb ikut sunnah”<– bukan semua lelaki boleh ckp gitu…
hoho… sbb kte pon x sebaik nabi, so lelaki skng kalo nk kawin lebeh, sila guna alasan laen..
bantal nk kate sokong poligami x, nk kate anti pon x…
andai jodoh kite mcm tu, ssh la kan…
hehe.. ada yg bahagia or nmpk bahagia, ada yg x..
terpulang pd isteri2 n suami berkomunikasi..
last week cik bantal ada jumpe kwn forum, fyi, die kawen 2.. both wives die dok serumah, caye x?
act aku pon x caye, tp pas die tunjuk gmbr, n mase jumpe ritu die bwk waip skali, so tpaksa caya..
hehe…
pnjg lebar den membebel.. haha
hehe..saya caya cik bantal..sebab dah 2 family yang kluar majalah mastika dulu..sampai ke tua bahgia.. =)
hehe.. penah gak baca artikel tu kat mastika, tp mase tu x cayo lagi…
bile dh jumpe, mata bertentang mata, baru den cayo..
hehe.. n jugak nape die bule kawin dua..
haha
cne nk berpoligami?
masa nk ngorat pmpn lain tu.dah tentu ko tgah curang
kan haram tu?
zaman nabi dlu poligami sb apa plak.
nak jaga isteri2 yg jd janda sb laki mati syahid.
bab2 ni sume nk ikot sunnah eh
poligami bukan sunnah si perut kotak.aku tak setuju kalau poligami tu adalah sunnah.