Ummi Nazeera Terbang Ke Australia

21 Feb

Ketika Nama Ummi Nazeera kian memuncak dalam bidang lakonan,anak bongsu dari dua berfadik ini memilih untuk menyambung pengajiannya di Royal melbourne Institute Of Technology untuk tempoh empat tahun.Menurut pelakon drama Nur Kasih ini,pemergiaannya ditemani ibu tersayang,Datuk Maziah Musa bagi membiasakan diri disana untuk beberapa ketika.

“Dulu Ummi pernah merancang untuk menyambung pengajian di New York,tapi memandangkan abang tak dapat ikut,maka Ummi terpaksa melupakan hasrat itu.Lagipun keluarga tak berani melepaskan Ummi pergi berseorangan.Akhirnya Australia yang dipilih.Lagipun ramai kawan sekolah Ummi tinggal disana.Malah ada yang sanggup mendahulukan wang deposit untuk membayar deposit rumah disana.Abang Ummi pun akan bergilir-gilir dengan mama untuk menemani Ummi disana.”.

Ummi mengakui bahawa berat hatinya untuk meninggalkan keluarga dan rakan di Malaysia tapi memandangkan cita-cita yang sudah lama terpendam dalam bidang telekomonikasi,Ummi harus meninggalkan mereka untuk ketika ini.

Menurut Ummi lagi,pada awalnya dia mahu menyambung pengajian dalam bidang perniagaan tetapi setelah membuat pertimbangan,dia memilih bidang pemasaran dan telekomunikasi.Lagipun apabila tamat pengajian,dia boleh berkongsi ilmu dan perniagaan dengannya ibunya.

“InsyaAllah,ada rezeki Ummi memang menanam impian untuk bergelar ahli perniagaan seperti mama.Perniagaan apa itu biarlah rahsia dahulu.Selama empat tahun disana,Ummi akan mengambil pengajian asas selama setahun dan selebihnya untukuntuk peringkat ijazah.”katanya lagi yang akan berusia 24 tahun selepas tamat pengajian.

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print this article!
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks

One Response to “Ummi Nazeera Terbang Ke Australia”

  1. ery 21. Feb, 2010 at 3:23 am #

    mak aih..seksi bno~

Leave a Reply

CommentLuv Enabled